70 kontraktor terima Surat Setuju Terima bina bilik darjah IBS

70 kontraktor terima Surat Setuju Terima bina bilik darjah IBS

FADHLINA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) menyerahkan Surat Setuju Terima (SST) kepada 70 kontraktor yang layak untuk melaksanakan projek pembinaan bilik darjah tambahan sistem binaan berindustri (IBS) di 50 buah sekolah. 

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, seramai 47 kontraktor turut menerima SST bagi projek pembinaan 47 dewan serba guna terbuka berbumbung di sekolah terlibat.

Katanya, KPM bekerjasama dengan Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam memastikan pembinaan projek pendidikan di seluruh negara berjalan lancar demi manfaat murid, guru dan seluruh masyarakat.

“Tumpuan kerajaan Madani adalah untuk memastikan prasarana pendidikan yang kondusif di semua sekolah seluruh negara. 

“Pembinaan bilik darjah tambahan IBS dapat menangani isu sekolah padat manakala dewan serba guna terbuka berbumbung pula dapat memberi keselesaan kepada warga sekolah untuk melaksanakan aktiviti.

“Akses berkualiti dapat meningkatkan pengajaran dan pembelajaran sekali gus memacu kecemerlangan pendidikan,” katanya.

Penyerahan itu dibuat oleh Fadhlina dalam Majlis Penyerahan SST Perdana Projek Langkah Segera RMK13 RP1 Cawangan Kerja Pendidikan Tahun 2026 di KKR hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN