10 PATI bayar RM40,000 untuk masuk Malaysia diberkas

10 PATI bayar RM40,000 untuk masuk Malaysia diberkas

ANGGOTA PGA bersama PATI yang ditahan selepas bersembunyi di kawasan hutan dekat Kampung Tok Rusa, Meranti, Pasir Mas, Kelantan semalam.-IHSAN PGA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Tindakan 10 pendatang tanpa izin (PATI) warga Myanmar memasuki negara ini secara haram dengan membayar kira-kira RM40,000 kepada ejen membawa padah selepas mereka diberkas Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Tok Rusa, Meranti, di sini semalam.

Kesemua lelaki berusia 21 hingga 47 tahun itu dikesan bersembunyi di kawasan hutan sebelum diserbu anggota PGA pukul 7 malam.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, hasil pemeriksaan mendapati semua suspek tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pengenalan diri yang sah.

“Mereka dipercayai baru tiba dari Thailand menggunakan laluan tidak diwartakan dengan menaiki bot sebelum disembunyikan di kawasan hutan.

“Siasatan awal turut mendapati setiap PATI membayar kira-kira RM4,000 seorang kepada ejen bagi mengatur kemasukan secara haram ke negara ini,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Ahmad Radzi memberitahu, suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk siasatan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN