Wanita hamil dibelasah suami di pusat hiburan

Wanita hamil dibelasah suami di pusat hiburan

TANGKAP layar rakaman CCTV di lokasi kejadian di sebuah pusat hiburan di Kota Shahbandar, Melaka Ahad lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang wanita mengandung berusia 20 tahun dibelasah suaminya dalam kejadian di sebuah pusat hiburan di Kota Shahbandar di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam, mangsa dipercayai dipukul, dilempang dan ditarik rambut, sebelum kepalanya dilanggar menggunakan sebuah motosikal oleh suaminya berusia 22 tahun.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejadian dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan tindakan agresif suspek terhadap mangsa yang tidak mampu melawan.

“Mangsa yang sedang hamil mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan pipi sebelum dikejarkan ke Hospital Melaka dan menerima rawatan di zon merah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dzulkhairi berkata, laporan polis dibuat oleh ibu mangsa, selepas wanita itu didapati hilang dan tidak dapat dihubungi.

Katanya, mangsa dipercayai keluar bersama suspek bersama anak lelaki mereka berusia dua tahun.

“Setakat ini usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan. Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan serta Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN