Tiada penerbangan Malaysia Airlines ke Doha hingga 20 Mac

Tiada penerbangan Malaysia Airlines ke Doha hingga 20 Mac

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines melanjutkan penggantungan sementara semua penerbangan ke dan dari Doha, Qatar sehingga 20 Mac ini susulan situasi keselamatan yang masih tidak menentu di Asia Barat.

Syarikat induk Malaysia Airlines, Malaysia Aviation Group (MAG) dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan tersebut dibuat selepas penilaian keselamatan berterusan serta pemantauan rapi terhadap perkembangan semasa di rantau berkenaan.

Menurutnya, keselamatan penumpang dan kru kekal menjadi keutamaan utama syarikat penerbangan itu dalam menentukan operasi penerbangan.

Katanya, Syarikat akan terus memantau rapat situasi tersebut melalui penilaian risiko berterusan serta Notis kepada Juruterbang (NOTAM) yang berkaitan sebelum menyambung kembali operasi.

“Malaysia Airlines juga meningkatkan kapasiti pesawat berbadan lebar antara Asia dan Eropah untuk menyokong perjalanan seterusnya serta menyatukan semula ahli keluarga, dengan penerbangan beroperasi melalui laluan alternatif yang dirancang dengan teliti bagi mengelakkan kawasan yang terjejas,” katanya.

Malaysia Airlines sebelum ini menggantung penerbangan ke beberapa destinasi di Asia Barat susulan penutupan ruang udara di beberapa kawasan akibat konflik yang berlaku di rantau tersebut.

Bagaimanapun, MAG memaklumkan perkhidmatan lain termasuk laluan Jeddah, Madinah, London dan Paris, terus beroperasi seperti yang dijadualkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN