YALA, THAILAND: Tentera Thailand memuji kerjasama erat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam memastikan keselamatan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand sentiasa terpelihara daripada ancaman jenayah rentas sempadan dan pencerobohan. Penghargaan itu dizahirkan Timbalan Panglima Tentera Wilayah 4, Mejar Jeneral Chakrit Ucharatana yang juga Timbalan Pengarah Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) semasa menerima kunjungan Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Khairul Azmizal Ahmad Natal di pangkalan operasi…










