15,000 termasuk anak yatim Perlis dapat duit raya

15,000 termasuk anak yatim Perlis dapat duit raya

ABU Bakar Hamzah (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan bersempena program imarah Ramadan di Dewan Warisan, Kangar, Perlis kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Program Sumbangan Aidilfitri 2026 oleh kerajaan negeri bakal memanfaatkan sekitar 15,000 penerima dari 15 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis.

Sumbangan berkenaan khususnya membabitkan kategori ibu tunggal, anak yatim, orang kurang upaya (OKU), warga emas, asnaf dan golongan B40 itu bermula dari 11 hingga 18 Mac sekali gus bakal memberi keceriaan kepada para penerima menjelang sambutan Aidilfitri.

Selain itu, program imarah Ramadan dari 27 Februari hingga 15 Mac di Dewan Warisan di sini turut memberi manfaat kepada 3,000 hingga 5,000 pe­nerima.

Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah berkata, nama-nama penerima bagi bantuan Aidilfitri itu diambil daripada pejabat DUN masing-masing melalui Bahagian Pentadbiran Daerah (BPD).

Katanya, kebajikan dan kesejahteraan rakyat Perlis terus menjadi keutamaan serta fokus kerajaan negeri.

“Salah satu program kebajikan dilaksanakan yang memberi impak atau kesan cukup signifikan kepada rakyat adalah seperti mengimarahkan Ramadan dengan penyampaian sumbangan kepada penerima di 15 kawasan DUN di Perlis,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Kelmarin, Abu Bakar meng­umumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2026 sebanyak RM1,500 secara one-off bagi semua penjawat awam negeri lantikan tetap, kontrak dan sementara serta MySTEP.

Pembayaran BKKA tersebut mula dbuat pada 13 Mac ini, bakal membantu mengurangkan bebanan perbelanjaan dalam meraikan Aidilfitri.

Abu Bakar berkata, menje­lang tempoh 100 hari pertama sebagai Menteri Besar, beliau akan berusaha membawa era baharu kepada perubahan corak kepemimpinan negeri bagi menjadikan Perlis sebagai negeri berkebajikan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×