BANGI: Hujan yang dijangka berlaku sepanjang tempoh peralihan monsun ketika ini amat penting bagi meningkatkan paras air empangan sebelum negara memasuki Monsun Barat Daya yang lazimnya membawa taburan hujan lebih rendah. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, tempoh peralihan monsun bermula pada 29 Mac lalu dijangka berlangsung kira-kira sebulan setengah hingga Mei ini. Katanya, dalam tempoh tersebut kebanyakan kawasan dijangka menerima hujan ribut petir…










