BUTTERWORTH: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang menumpaskan satu sindiket penyeludupan rokok dan minuman keras bernilai kira-kira RM3.9 juta menerusi beberapa operasi bersepadu di sekitar daerah Seberang Perai Tengah (SPT), bulan lepas. Pengarah Kastam negeri, Datuk Rohaizad Ali berkata, kejayaan itu hasil risikan serta maklumat awam dalam pelaksanaan Ops Petasan yang dijalankan secara berperingkat. Beliau berkata, tiga serbuan berasingan dijalankan termasuk di premis kediaman serta sebuah gudang yang dikenal…










