PETALING JAYA: Siasatan terhadap dakwaan mafia korporat tetap diteruskan dan diperluaskan oleh pihak berkuasa walaupun DAP tidak berjaya meyakinkan Kabinet untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI). Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook berkata, siasatan yang sedang dijalankan perlu mencapai satu keputusan dan DAP akan terus memantau perkembangan kes tersebut. Beliau berkata, DAP menyifatkan dakwaan mengenai mafia korporat sebagai perkara yang amat serius dan perlu disiasat serta diambil tindakan. “Disebabkan itu…










