KUALA LUMPUR: Adira Suhaimi mencuri perhatian netizen gara-gara foto penyanyi itu bersama seorang jejaka yang dimuat naik dalam Instagramnya baru-baru ini.
Adira seakan memberi bayangan yang dia dalam fasa bahagia bersama lelaki misteri itu apabila menggunakan Jangan Berhenti Mencintaiku dendangan Ressa Herlambang sebagai lagu latar bagi perkongsian berkenaan.
Penyanyi berusia 35 tahun itu bagaimanapun bertindak menyembunyikan wajah jejaka berambut panjang berkenaan, sekali gus menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam kalangan netizen.
Usaha Utusan Malaysia mendapatkan komen Adira mengenai hantaran itu bagaimanapun tidak berhasil.
Dalam pada itu, perkongsian berkenaan dihujani maklum balas ramai pihak termsuk penyanyi Bella Astillah yang mendoakan kebahagiaan Adira.
“Selalu doakan kakak saya yang cantik dan baik ini,” tulis Bella.
Adira sebelum ini bergelar isteri kedua usahawan Datuk Seri Adnan Abu. Perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata. Mereka bagaimanapun bercerai April 2024. – UTUSAN











