78 individu jalani khidmat masyarakat di enam negeri semalam

78 individu jalani khidmat masyarakat di enam negeri semalam

NGA KOR MING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 78 individu diarah menjalani Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) kerana membuang sampah kecil di enam buah negeri semalam.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ia telah dijalankan secara serentak di Perlis, Kedah, Wilayah Persekutuan, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor. 

“Perintah khidmat masyarakat ini menumpukan kepada kerja pembersihan menyeluruh merangkumi siar kaki, jalan awam, sistem saliran, tandas awam dan kawasan pantai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kor Ming berkata, PKM adalah sebahagian daripada strategi penguatkuasaan bersepadu bagi membanteras amalan pembuangan sampah di merata-rata tempat dan jalan awam.

Katanya, langkah itu penting kerana tabiat membuang sampah kecil, jika tidak ditangani, boleh menyumbang kepada masalah seperti longkang tersumbat yang menjejaskan keselesaan komuniti setempat dan banjir kilat di kawasan bandar. 

“Jangan kita buang puntung rokok, tisu atau tin minuman di merata-rata tempat kerana ia bukan saja mencemarkan alam sekitar malah menjatuhkan imej negara,” katanya.

Setakat ini, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) telah mengeluarkan sebanyak 1,342 Notis Pemberitahuan Kesalahan di tujuh negeri atas kesalahan membuang sampah kecil melibatkan 1,058 warganegara dan 284 warga asing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN