PETALING JAYA: Aktivis S. Chandrasegaran atau lebih dikenali sebagai Cikgu Chandra tidak akan berhenti bersuara berhubung isu rumah ibadah haram walaupun berdepan insiden serangan dan ugutan yang berlaku baru-baru ini. Chandra berkata, kejadian tersebut tidak melemahkan semangatnya malah menguatkan lagi tekad untuk terus memperjuangkan isu-isu membabitkan pencerobohan tanah dan gangsterism yang memberi kesan kepada masyarakat. Menurutnya, dia kini berada dalam keadaan baik dan mendapat sokongan kuat daripada keluarga dan orang…










