PUTRAJAYA: Kerajaan menyasarkan kadar penyertaan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) meningkat kepada 70 peratus menjelang akhir Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13). Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, setakat Disember 2025 kadar penyertaan lepasan SPM dalam bidang TVET telah mencapai 53.9 peratus, sekali gus menunjukkan perkembangan positif ke arah mencapai sasaran tersebut. Menurut beliau, sasaran baharu itu diputuskan dalam Mesyuarat…










