KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan perlu mempertimbangkan pelaksanaan serentak Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dengan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menjimatkan kos dan mengurangkan ketidaktentuan politik. Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat berkata, sekiranya PRU16 dirancang secara strategik, pilihan raya Parlimen dan beberapa negeri termasuk Melaka serta Johor boleh dipertimbang diadakan lebih awal dan dilaksanakan serentak. Kata Naib Pengerusi Amanah Johor itu, pendekatan berkenaan mempunyai beberapa kelebihan termasuk penjimatan kos yang besar.…










