KUALA LUMPUR: Kerajaan mengadakan rundingan dengan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan syarikat minyak lain bagi memastikan bekalan bahan api negara mencukupi. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, harga bahan api kekal sebagai isu utama dan ia perlu diurus berdasarkan fakta serta kejelasan dengan baik. Menurut beliau, kerajaan turut mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pasukan ekonomi dan bersetuju untuk melanjutkan langkah-langkah yang perlu bagi melindungi kepentingan rakyat dalam jangka sederhana…










