ALOR SETAR: Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Kedah di Seri Mentaloon di sini, pada 27 Mac ini diteruskan. Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kebanyakan persiapan telah dilakukan lebih awal, selain turut melibatkan peniaga kecil di negeri ini. Beliau berkata, majlis itu akan melibatkan kerjasama semua agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri di bawah satu bumbung sebagai menyokong saranan…









