PULSE Group raikan 200 anak yatim, kanak-kanak Istimewa dalam majlis iftar, sumbangan Aidilfitri

PULSE Group raikan 200 anak yatim, kanak-kanak Istimewa dalam majlis iftar, sumbangan Aidilfitri

Rahim Md Junoh menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada pelajar kurang upaya sempena Majlis Amal Iftar di PICC, Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 200 orang anak-anak yatim serta kanak-kanak istimewa daripada Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) diraikan dalam satu majlis iftar anjuran Putrajaya Leisures & Services Group Sdn. Bhd. (PULSE Group).

Program bertemakan ‘Seindah Kasih, Seikhlas Hati; itu merupakan satu inisiatif kebajikan dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat berkenaan dalam usaha menyantuni dan meraikan golongan yang memerlukan sebagai satu semangat kebersamaan.

Program ini turut memberi peluang kepada anak-anak yatim dan orang kurang upaya untuk merasai pengalaman berbukapuasa dalam suasana yang istimewa, di samping menerima sumbangan Aidilfitri demi memabantu persiapan raya yang bakal tiba.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PULSE Group, Rahim Md Junoh, Majlis Amal Iftar ini yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) ini merupakan manifestasi komitmen syarikat dalam memperkukuhkan nilai kemanusiaan serta semangat kebersamaan dalam masyarakat.

“Melalui inisiatif ini, kami berharap dapat membawa kegembiraan kepada anak-anak yatim dan anak-anak kurang upaya, khususnya dalam meraikan bulan Ramadan yang penuh keberkatan”, katanya dalam kenyataan hari ini.

Kanak-kanak yang diraikan ini adalah dalam kalangan pelajar PPKI daripada Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(2) dan Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran, serta anak-anak yatim daripada Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim Miskin Rukaiyah.

Majlis ini turut mendapat sokongan lebih daripada 20 syarikat korporat dan rakan niaga yang tampil sebagai rakan penaja strategik melalui penajaan meja iftar.

Katanya, penajaan ini seterusnya disumbangkan kepada sekolah serta rumah anak yatim yang terlibat, selain merangkumi sumbangan dalam bentuk tunai dan barangan keperluan bagi meringankan beban golongan penerima.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan PULSE Group dalam memperkukuhkan nilai keprihatinan sosial, kebersamaan komuniti serta semangat memberi kembali kepada masyarakat, selari dengan aspirasi syarikat untuk memainkan peranan aktif dalam pembangunan komuniti setempat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN