KANGAR: Pintu sempadan Malaysia-Thailand di Kuala Perlis akan dibuka semula melalui pengoperasian kembali perkhidmatan feri penumpang dari Kuala Perlis di sini ke Satun, Thailand yang dijangka pada Mei ini. Pembukaan semula itu sekali gus bakal melonjakkan sektor pelancongan dan ekonomi dua hala Perlis-Thailand. Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah berkata, serentak dengan itu, terminal atau jeti Kuala Perlis turut bakal dinaik taraf selain bangunan Konkos di pekan Kuala Perlis bakal dibaik…











