PETALING JAYA: Seorang penghantar p-hailing maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 3 Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) di sini, semalam.
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 1.40 tengah hari apabila mangsa, lelaki termpatan berusia 38 tahun itu menunggang motosikal sebelum melanggar bahagian belakang sebuah kereta yang berhenti di lorong kiri jalan kerana mengalami kerosakan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden M. Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Jayseelan Suppaya di talian 011-10252531 atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222.
“Pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang serta peraturan bagi mengelakkan kemalangan.
“Polis tidak akan berkompromi dengan mana-manapengguna jalan raya yang gagal mematuhi peraturan dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang melanggar undang-undang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN










