Mila asyik menangis sebab dia memang menghayati watak - Mimi Fly - Utusan Malaysia

Mila asyik menangis sebab dia memang menghayati watak – Mimi Fly

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer, MimiFly memuji kesungguhan pelakon, Mila Mohhsin, menghayati watak Gusti Putri Raden Adjeng Retno Dumilah meskipun terpaksa berdepan pelbagai situasi sepanjang menjayakan watak berkenaan.

Mimi atau Shamimi Amalina Norhisham, 40, berkata, Mila seorang yang tenang dan tidak mudah melatah biarpun menerima kecaman daripada orang ramai sebelum ini.

“Mila memang luar biasa. Masa dia dikecam bertubi-tubi, dia tenang sahaja dan tidak melatah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setiap kali latihan, dia memberikan tumpuan sepenuhnya dan walaupun kadangkala kurang sihat atau mengalami kesakitan, dia tidak pernah mengeluh,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.

Kata pemegang watak Bayan itu, Mila juga seorang yang sentiasa komited dengan tugasnya dalam Puteri Gunung Ledang (PGL) dan tidak mudah berputus asa dalam menjayakan watak yang digalasnya.

“Dia seorang pejuang dan saya sangat gembira apabila orang ramai dapat melihat sendiri kemampuan Mila.

“Saya tengok dia menjalani latihan asyik menangis sebab dia benar-benar menghayati watak itu dengan penuh emosi,” katanya.

Untuk rekod, Puteri Gunung Ledang The Musical 2026 akan meneruskan pementasannya di JCPAC sehingga 17 November ini sebelum kembali ke Singapura bagi persembahan seterusnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini