PETALING JAYA: Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) menawarkan khidmat pro bono pada keluarga penunggang motosikal yang maut selepas dirempuh kereta dipandu individu di bawah pengaruh alkohol dan dadah semalam. Pengerusi Pembela, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, pihaknya mengecam sekeras-kerasnya insiden kematian tragis di Jalan Raya Barat, Klang itu kerana ia bukan sekadar satu kemalangan tetapi satu bentuk kecuaian melampau. Beliau berkata, pihaknya akan menawarkan khidmat perundangan secara pro bono kepada…










