Pelakon wanita, suami direman tiga hari - Utusan Malaysia

Pelakon wanita, suami direman tiga hari

SAZALEE ADAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pelakon wanita dan suaminya ditahan semula oleh polis selepas memperoleh tambahan reman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan pelaburan membabitkan penjualan lembu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, mereka masing-masing direman bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penipuan pelaburan membabitkan penjualan lembu.

Katanya, kedua-duanya ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek lelaki direman selama tiga sehingga Rabu ini manakala wanita itu pula direman sehari untuk membantu siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan ringkas di sini, hari ini.

Sebelum ini, pelakon wanita dan suami yang ditahan bagi kes penipuan urusan penjualan tanah kurnia turut disiasat bagi kes penipuan darjah kebesaran membabitkan kerugian kira-kira RM23,000.

Pasangan itu ditahan di tempat persembunyian di sebuah madrasah tahfiz Jalan Kuari Sungai Long, Batu 11, Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, Rabu lalu.

Penahanan itu susulan seorang ahli perniagaan lelaki berusia 56 tahun membuat laporan polis di daerah ini selepas dikatakan ditipu dalam urusan penjualan lot tanah kurnia di Selangor dengan kerugian mencecah RM1.5 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini