Pekerja stor didakwa edar dadah lebih 3 kilogram

Pekerja stor didakwa edar dadah lebih 3 kilogram

Tertuduh, Hadriansyah Sabran, dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Tawau selepas dituduh mengedar dadah lebih tiga kilogram. - UTUSAN/NASRAWATI SYARIFUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Seorang pekerja stor didakwa di Mahkamah Majistret di hari ini, atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 3,017 gram.

Tertuduh, Hadriansyah Sabran, 42, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Don Stiwin Malanjum.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 3,017.04 gram, di kawasan stor penyimpanan kenderaan, di Jalan Sin Onn Tawau, pukul 7.30 malam, 13 Ogos lalu.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta yang sama.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan maksimum 12 sebatan.

Pegawai Pendakwa, Asisten Superintenden Jeffrey Kadisun memohon tarikh sebutan bagi serahan laporan kimia terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh dah menetapkan 27 April ini bagi sebutan semula kes. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN