JOHOR BAHRU: Pas Johor bertekad mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang, selain merampas kerusi DUN Simpang Jeram daripada Parti Amanah Negara (Amanah). Ketua Penerangan Pas Johor, Mohd. Firdaus Jaffar berkata, DUN Simpang Jeram merupakan sebahagian kesinambungan kawasan lama Sungai Abong yang pernah dimenangi Pas sebelum persempadanan semula dilaksanakan. “Kemenangan itu bukan sahaja mencerminkan sokongan rakyat, malah menjadi asas kepada pembangunan serta…










