GEORGE TOWN : Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) di Pulau Pinang dianggap sebagai jalan penyelesaian terakhir iaitu sekiranya cuaca panas di negeri ini menjadi semakin teruk. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP), Mohamad Dziauddin Mat Saad berkata, hal ini demikian kerana, pihaknya tidak mahu berlaku sebarang keciciran pembelajaran yang sangat besar dalam kalangan murid dan pelajar sekolah. “Kalau di Kedah, ya. Situasi di sesetengah kawasan di sana…










