PETALING JAYA: Malaysia merekodkan ketibaan lebih 42 juta pelawat antarabangsa pada tahun 2025, menjadikan ia angka tahunan tertinggi dalam sejarah negara. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, Malaysia menerima sebanyak 42,196,892 pelawat antarabangsa pada tahun berkenaan. Menurut beliau, jumlah itu meningkat 11.2 peratus berbanding 2024 selain mencatatkan kenaikan 20.4 peratus berbanding tempoh pra-pandemik pada 2019. “Rekod baharu ini merupakan tanda keyakinan kukuh terhadap Malaysia sebagai…










