Kulasegaran beritahu hanya singgah di mahkamah - Utusan Malaysia

Kulasegaran beritahu hanya singgah di mahkamah

M. KULASEGARAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kulasegaran menafikan beliau berada di dalam mahkamah ketika prosiding membabitkan aktivis, Arun Dorasamy

Sebaliknya beliau berkata hanya mengadakan pertemuan secara ringkas dengan individu berkenaan di luar Mahkamah Majistret Jawi Pulau Pinang.

Katanya, beliau singgah di mahkamah itu ketika dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang untuk bertemu Arun dan memberi kata-kata semangat agar mempercayai proses perundangan yang bakal dihadapinya.

“Saya mengenali Arun sejak saya mewakili Indira Gandhi dalam cabaran undang-undang berkaitan anak-anaknya. Saya ingin menjelaskan bahawa hanya bertemu Arun secara ringkas di sekitar kawasan kompleks mahkamah sebelum beredar.

“Saya tidak berada dalam bilik mahkamah ketika pertuduhan dibacakan dan prosiding dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Biro Pemahaman dan Pemerkasaan Agama PKR menuntut penjelasan Kulasegaran berhubung kehadirannya bersama Arun di Mahkamah Majistret Jawi.

Pengerusinya, Amidi Abdul Manan dilaporkan berkata, kehadiran Ahli Parlimen Ipoh Barat itu walaupun atas kapasiti peribadi, boleh menimbulkan pelbagai tafsiran serta menjejaskan persepsi awam terhadap kerajaan memandangkan beliau merupakan timbalan menteri dalam kerajaan yang memerintah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN