Malam raya selalu gosip, ‘membahan’ sesama adik-beradik - Que Haidar - Utusan Malaysia

Malam raya selalu gosip, ‘membahan’ sesama adik-beradik – Que Haidar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Walaupun tidak lagi mempunyai ibu bapa, namun pelakon, Que Haidar tetap meraikan kemeriahan Syawal bersama adik-beradiknya di Felda Taib Andak, Kulai.

Jelas Que, atau Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 46, Aidilfitrinya selalu ceria memandangkan mereka sembilan beradik sangat akrab sejak kecil.

“Saya tak sempat buat persiapan apa-apa lagi. Tapi seperti biasa, saya akan beraya di dengan sembilan adik-beradik lain.

“Kalau nak cerita tentang memasak dan sebagainya, saya serahkan semua itu kepada kakak-kakak. Paling saya tak sabar sebenarnya dapat berkumpul satu keluarga lengkap pada hari raya,” kongsinya ketika ditemui Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Menurut pelakon Rock Oo! itu lagi, jika sudah berkumpul beramai-ramai sudah tentu ada sahaja cerita lama yang diungkit sesama mereka. Oleh itu, aktiviti malam raya akan menjadi momen paling kecoh dan ditunggu oleh mereka.

“Kalau tanya tentang rutin, kami selalu bergosip tetapi tentang kisah silam masing-masing. Memang kelakar.

“Selalunya pada malam raya ketika semua sibuk bakar lemang dan masak bersama, kami akan mula mengimbau cerita lucu zaman kanak-kanak sebelum bermula sesi kutuk-mengutuk, memang kecoh,” katanya.

Bersyukur dilantik menjadi duta salah satu jenama pakaian tempatan, Que kini memiliki lebih 40 pasang baju Melayu untuk raya pada tahun ini. Katanya, ini adalah pakaian raya paling banyak dimilikinya seumur hidup.

“Tahun ini saya ada 46 baju raya yang pastinya jenama Jakel. Insya-Allah satu hari satu baju sehinggalah raya haji.

“Ini pengalaman paling banyak saya pernah saya ada baju Melayu, Alhamdulillah,” katanya. -UTUS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN