KUBANG PASU: Lima pikap berpendaftaran asing yang cuba menyeludup petrol berjumlah 2,000 liter ke Thailand berjaya ditahan polis dalam operasi khas di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, di sini semalam. Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, lima lelaki terdiri empat warga Thailand dan seorang warga tempatan berusia 24 hingga 37 tahun yang memandu pikap terbabit turut ditahan bagi membantu siasatan. Kelima-lima kenderaan itu…










