Lima anak kapal Thailand cedera melecur, kapal kargo terbakar

Lima anak kapal Thailand cedera melecur, kapal kargo terbakar

ANGGOTA Maritim Malaysia menyelamatkan lima anak kapal warga Thailand selepas rumah masak di kapal kargo dinaiki mereka ketika berlayar di kedudukan 30 batu nautika timur Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor terbakar sehingga menyebabkan kecederaan melecur terhadap mangsa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Lima anak kapal warga Thailand diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) semalam selepas kapal kargo dinaiki mereka mengalami kebakara ketika berada di kedudukan 30 batu nautika timur Tanjung Sedili, di sini.

Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd. Najib Sam berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 12.20 pagi.

“Sejurus menerima laporan, Maritim Malaysia telah menggerakkan bot PERKASA 30 ke lokasi kejadian. Operasi tersebut dilaksana bagi menyelamatkan mangsa yang mengalami kecederaan akibat insiden kebakaran berkenaan.

“Kesemua lima kru lelaki berusia antara 25 hingga 61 tahun itu mengalami kecederaan melecur dengan sebahagian daripadanya dikategorikan sebagai serius,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Najib, kebakaran yang berlaku di bahagian rumah masak kapal berkenaan telah berjaya dikawal sepenuhnya oleh anak kapal tersebut sebelum ketibaan pasukan penyelamat.

“Anggota telah menjalankan penilaian awal di lokasi sebelum semua mangsa dipindahkan dan diserahkan kepada pihak perubatan untuk rawatan lanjut.

“Operasi berkenaan kemudiannya ditamatkan. Maritim Malaysia akan terus komited memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN