JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga Singapura dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas tuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki senegara berhampiran kelab malam, di sini pertengahan bulan ini. Tertuduh, Muhammad Arif Saiyadi, 25, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nabilah Nizam, bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan. Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu telah melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian Chia Hon Chung, 32, pada pukul 5.30…










