PETALING JAYA: Lebih 10,000 penjaja dan peniaga kecil dijangka menerima manfaat daripada pengurangan kadar sewa sebanyak 50 peratus bagi tapak penjaja dan premis terpilih milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai langkah meringankan beban kos sara hidup yang semakin meningkat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, inisiatif itu mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam memastikan kebajikan penjaja dan peniaga kecil di ibu negara terus terbela. Menurutnya, langkah tersebut…











