MELAKA: Walaupun berdepan kenaikan harga bahan mentah, ia tidak menghalang seorang peniaga makanan menjual lauk-pauk dengan harga murah iaitu serendah RM3 sepanjang Ramadan ini. Setiap petang orang ramai sanggup menunggu seawal pukul 3 petang, meskipun jualan bermula pada pukul 4 petang setiap hari di gerainya di tepi jalan di Taman Rambai Tengah, Bukit Rambai di sini. Bagi Siti Nur Shikin Ab. Aziz, 32, keputusan menjual lauk pada harga tersebut dibuat…










