KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) tidak akan berkompromi sekiranya siasatan kes kematian seorang doktor pelatih wanita di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai, Kelantan baru-baru ini mendapati wujud unsur buli. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan sedang menjalankan siasatan dalaman secara menyeluruh selaras dengan siasatan yang dijalankan oleh pihak polis. “Saya tidak mahu membuat sebarang tuduhan awal. Kita perlu mendapatkan maklumat menyeluruh sebelum…








