Ketua Pembangkang baharu sebelum Sidang Dewan Rakyat pada Jun

Ketua Pembangkang baharu sebelum Sidang Dewan Rakyat pada Jun

ANNUAR MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) akan menamakan Ketua Pembangkang yang baharu sebelum Sidang Dewan Rakyat bermula 22 Jun ini.

Ketua Penerangan PN, Tan Sri Annuar Musa berkata, pelantikan itu bagi menggantikan kedudukan Datuk Seri Hamzah Zainudin yang dipecat sebagai Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“(Nama Ketua Pembangkang baharu) sebelum sidang Dewan Rakyat yang akan datang. Perkara ini telah dibincangkan dalam mesyuarat tertinggi PN yang lalu,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Sebelum ini, Pengerusi PN, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pelantikan Ketua Pembangkang baharu akan dibuat bagi menggantikan Hamzah yang disingkir daripada Bersatu.

Malah PN memutuskan jawatan Ketua Pembangkang akan dipegang oleh seorang Ahli Parlimen Pas.

Sebelum ini, Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut dipecat daripada Bersatu pada 13 Februari lalu dan mencetuskan persoalan mengenai kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang.

Pada 22 Februari lalu, Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, parti komponen PN mencadangkan Pas mengambil alih jawatan Ketua Pembangkang memandangkan parti itu mempunyai bilangan kerusi Parlimen terbanyak dalam gabungan berkenaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN