PETALING JAYA: Malaysia menggesa agar ketegangan antara Afghanistan dan Pakistan diselesaikan melalui dialog serta saluran diplomatik. Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia bagi mengelakkan konflik berpanjangan yang hanya akan membawa kesengsaraan kepada rakyat selain menjejaskan keamanan dan kestabilan rantau. Menurut Perdana Menteri, pendirian itu disuarakan ketika beliau berhubung dengan Pemangku Perdana Menteri Afghanistan, Mullah Mohammad Hassan Akhund malam tadi bagi membincangkan perkembangan terkini susulan ketegangan yang semakin memuncak antara kedua-dua…










