JOHOR BAHRU: Kementerian Ekonomi akan mengadakan pertemuan dengan penggiat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) esok bagi meneliti kesan dan cabaran yang dialami susulan konflik di Asia Barat. Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, maklum balas daripada pertemuan dengan wakil PKS itu penting bagi meredakan kesan geopolitik global tersebut seterusnya memastikan pertumbuhan ekonomi itu tetap berlaku. Katanya, kementerian sedia memantau dan meneliti kesan terhadap jangka sederhana dan jangka panjang terutamanya yang…










