Keluarga tidak puas hati hukuman pengasuh Baby Syifaa

Keluarga tidak puas hati hukuman pengasuh Baby Syifaa

KHAIRUNNISA Ahmad Damanhuri yang didakwa menyebabkan kematian bayi dibawa ke Kompleks Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan, semalam. – UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Bapa kepada Nour Rania Asyifaa Yuseri atau Baby Syifaa tidak puas hati dengan hukuman yang dijatuhkan kepada pengasuh anaknya oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Menurut Yuseri Yusoff, 43, hukuman penjara setahun dan denda RM15,000 itu dilihat tidak adil memandangkan mereka telah melalui prosiding inkues yang lama.

“Keluarga kami tidak berpuas hati dengan keputusan ini kerana kami telah melalui proses inkues hampir dua tahun lebih.

“Jika tertuduh ingin mengaku bersalah, perkara itu sepatutnya dilakukan lebih awal. Bagi kami, keputusan ini adalah tidak adil,” katanya ditemui di pekarangan mahkamah.

Terdahulu, tertuduh, Khairunnisa Ahmad Damanhuri, 41, dipenjara setahun dan denda RM15,000 atas pertuduhan melakukan pengabaian sehingga menyebabkan kematian bayi berusia 15 bulan itu, empat tahun lalu.

Tertuduh juga dikenakan perintah khidmat masyarakat selama 48 jam dalam tempoh enam bulan selepas keluar penjara serta dikenakan bon kelakuan baik selama setahun sebanyak RM5,000 tanpa cagaran dengan seorang penjamin dalam kalangan ahli keluarga.

Mengikut pertuduhan, Khairunnisa sebagai orang mempunyai pemeliharaan terhadap kanak-kanak, Nour Rania Asyifaa, ketika itu berusia 15 bulan didakwa mengabaikan mangsa dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal di sebuah pusat asuhan di Bandar Sri Sendayan pada 22 Februari 2022.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN