JOHOR BAHRU: Seorang jurutadbir daerah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas lima tuduhan memperdaya seorang warga emas untuk menyerahkan wang berjumlah RM62,760 bagi mempercepat permohonan pembinaan bangunan dua tingkat di Rimba Terjun, Pontian, sejak lima tahun lalu. Tertuduh, Muhammad Nazri Abu Bakar, 38, membuat pengakuan tersebut selepas semua pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail. Mengikut kertas pertuduhan, jurutadbir Majlis Perbandaran…










