JETOUR T2 dilancarkan secara rasmi, harga bermula RM156,800

JETOUR T2 dilancarkan secara rasmi, harga bermula RM156,800

MOHD. Azhar melancarkan model SUV Jetour T2 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: JETOUR Malaysia secara rasmi melancarkan JETOUR T2, sebuah SUV berkeupayaan tinggi berorientasikan kenderaan pengembaraan di Kuala Lumpur Convention Centre, hari ini.

Model yang berkonsepkan Travel+ dengan gabungan pengembaraan dan kemewahan ditawarkan pada harga bermula RM156,800.

Presiden JETOUR International, Ke Chuandeng berkata, model baharu ini menggabungkan falsafah jenama JETOUR dan visi Travel+.

“Suv ini menekankan bahawa bukan sekadar kenderaan biasa namun turut menawarkan pengalaman gaya hidup dan penerokaan,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, kemasukan model tersebut ke pasaran tempatan adalah langkah strategik bagi memenuhi permintaan pemandu yang mahukan prestasi luar jalan tanpa mengabaikan keselesaan.

“Kami yakin JETOUR T2 akan mendapat sambutan daripada pemandu yang mahukan gabungan pengembaraan dan kemewahan dalam sebuah SUV yang serba boleh,” katanya.

Selain prestasi, beliau berkata, aspek keselamatan menjadi keutamaan apabila model ini menerima penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP serta dilengkapi Sistem Bantuan Pemanduan Termaju (ADAS) Tahap 2.

“JETOUR kekal komited untuk membina kepercayaan jangka panjang melalui kecemerlangan produk serta kerjasama tempatan yang bermakna di negara ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN