PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) diarah menjalankan siasatan berhubung video tular memaparkan penggunaan ayat suci al-Quran secara salah bagi mempromosikan budaya songsang dalam satu perarakan di ibu negara baru-baru ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, siasatan tersebut turut melibatkan tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang sekiranya didapati berlaku penyalahgunaan ayat suci berkenaan. Katanya, tindakan menggunakan ayat suci al-Quran bagi mempromosikan budaya…










