Hamzah patut malu kekal Ketua Pembangkang - Utusan Malaysia

Hamzah patut malu kekal Ketua Pembangkang

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Hamzah Zainudin perlu melepaskan jawatan sebagai Ketua Pembangkang Dewan Rakyat kerana tidak mempunyai locus standi untuk memegang jawatan tersebut.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan terus kekal di kerusi tersebut adalah tidak wajar dan memalukan memandangkan Ahli Parlimen Larut itu tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam parti.

“Hamzah tidak ada hak untuk duduk di situ (kerusi Ketua Pembangkang). Dia perlu pergi kerana tidak layak memandangkan bukan lagi ahli.

“Hamzah patut insaf dan segan, jadi jalan terbaik adalah dia sendiri perlu pergi,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, semalam.

Muhyiddin berkata, Pas perlu membuat keputusan segera untuk menamakan calon Ketua Pembangkang baharu daripada kalangan ahli Parlimen mereka.

“Tan Sri Abdul Hadi Awang meminta sedikit masa untuk berbincang mengenai calon Ketua Pembangkang dan Bersatu tidak tuntut jawatan itu.

“Pas perlu buat keputusan segera memandangkan Yang Dipertua Dewan Rakyat pernah berkata, kerusi itu milik Ketua Pembangkang.

“Kalau Hamzah sedar, dia akan letak jawatan. Jadi Pas perlu buat keputusan ini dalam masa yang singkat,” katanya.

Muhyiddin turut mengakui berasa janggal duduk di sebelah Hamzah dalam Dewan Rakyat.

“Janggal, sepatutnya tidak berasa begitu. Tak kan nak tunggu dipecat (oleh Speaker)?,” soalnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN