KUALA LUMPUR: Seramai enam individu termasuk tiga remaja bawah umur yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyebaran ideologi radikal kumpulan Islamic State (IS) akan didakwa di mahkamah pada minggu hadapan. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, kesemua suspek disiasat di bawah Bab VIA Kanun Keseksaan (Akta 574) berkaitan kesalahan keganasan mengikut prosedur serta peruntukan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) (Akta 747). Menurut beliau, seorang…










