PETALING JAYA: Empat ketua bahagian yang memegang jawatan kanan dalam Badan Pimpinan Negeri (BPN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Wilayah Persekutuan mengumumkan peletakan jawatan mereka, berkuat kuasa hari ini. Bekas Ketua Bahagian Bersatu Lembah Pantai, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin, berkata beliau mendapat maklumat peletakan jawatan itu daripada pemimpin berkenaan melalui WhatsApp. Katanya, peletakan jawatan membabitkan Timbalan Ketua BPN Bersatu Wilayah Persekutuan, yang dipegang Ketua Bahagian Seputeh; Setiausaha Negeri (Ketua Bahagian…










