GEORGE TOWN: Dua pengarah syarikat menjadi mangsa sindiket penipuan panggilan telefon atau phone scam apabila mendakwa diperdaya sehingga mengalami kerugian sebanyak RM900,000 dalam dua kes berasingan, semalam. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, dalam kes pertama, mangsa yang juga seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun mendakwa kerugian sebanyak RM433,230 selepas diperdaya sindiket yang menyamar sebagai rakan perniagaan dari luar negara. Katanya, kejadian bermula pada Selasa lalu apabila mangsa…











