SUNGAI PETANI: Dua lelaki berdepan hukuman mati apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan mereka, minggu lalu. Kedua-dua tertuduh, S. Dashratmen, 18, dan P. Velson Paul, 21, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohammad Syaiful Akmal Mohammad Razi. Tiada pengakuan direkod kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama membunuh Kavin Raj, 27, di sebuah…










