Cubaan sabotaj kerajaan ada kaitan kelompok Zionis terkemuka - Utusan Malaysia

Cubaan sabotaj kerajaan ada kaitan kelompok Zionis terkemuka

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Individu yang terkait dengan cubaan mensabotaj kerajaan didakwa mempunyai kaitan dengan kelompok Zionis terkemuka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cubaan tersebut bukan sahaja menggunakan media antarabangsa tetapi juga pegawai bank bagi menjejaskan kedudukan ekonomi negara.

Beliau berkata, tindakan kumpulan tersebut tidak wajar untuk disokong kerana memberi kesan buruk kepada negara.

“Saya tidak fikir semua ahli-ahli pembangkang akan merestui walaupun ini mungkin akan memberi manfaat kepada mereka untuk bersekongkol dengan usaha yang sedemikian dan kalau esok tahu, orang yang dipertahankan Arau itu, dia antara kelompok Zionis terkemuka.

“Ia digunakan dalam projek ini dan sabar, entah seminggu ke dua minggu, apabila keadaan ini terbongkar, boleh diceritakan. Apa kita nak pilih untuk pertahankan? Tidak ada orang lain dalam dunia untuk pertahankan kedudukan kita, selain daripada merujuk kepada tokoh Zionis, ia memang jelas menentang Islam dan negara-negara yang mempertahankan Gaza,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar menjawab soalan tambahan Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) yang mengaitkan usaha untuk mempertahankan maruah keluarga Allahyarham Tun Daim Zainudin.

Shahidan turut memetik laporan media mengenai tindakan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini yang berjumpa dengan peguam Jared Genser bagi membincangkan strategi untuk meyakinkan pentadbiran bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama untuk memberi tekanan kepada Perdana Menteri Keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Anwar berkata, ia bukan berkenaan Daim secara peribadi tetapi mengenai tindakan dan cubaan untuk mempertikai seluruh sistem negara serta kedudukan kerajaan.

Beliau berkata, tidak wajar cubaan itu disokong walaupun mempunyai perbezaan politik antara kerajaan dan pembangkang kerana ia melibatkan kepentingan negara.

“Saya sebut sini saja, bankers mendapatkan penyertaan ahli-ahli politik mempertikai di Parlimen. Kalau soalannya itu soalan tentang kes, tentang tidak adil, itu okey.

“Tapi ini pressure and accountability mempertikai kewibawaan sistem negara dan institusi-institusi dalam negara,” katanya.

Anwar berkata, gerakan itu juga bukan sekadar untuk mengkritiknya selaku Perdana Menteri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN