PETALING JAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pertikaian di Asia Barat perlu ditangani melalui jalan damai bagi meredakan ketegangan yang kian meruncing di rantau berkenaan. Beliau berkata, diplomasi dan kerjasama erat antara negara adalah satu-satunya jalan bagi meredakan ketegangan dan mengembalikan kestabilan, selaras dengan tuntutan kemanusiaan serta prinsip keadilan sejagat. “Saya menzahirkan keprihatinan mendalam terhadap ketegangan yang berlarutan serta implikasinya kepada keselamatan serantau dan kesejahteraan rakyat, di…











