Bincang balik kampung siapa di hari raya

Bincang balik kampung siapa di hari raya

korban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bincang balik kampung siapa di hari raya

SOALAN
Ada pasangan suami isteri bertengkar hendak balik raya rumah siapa setiap tahun. Si isteri berkeras mahu balik rumah dia dulu manakala suami juga begitu. Adakah isteri dianggap ingkar perintah suami jika dia enggan ikut perintah suami supaya balik rumah mak mentua.
Suri
Bangi

JAWAPAN
Kewajipan isteri adalah mentaati suami di dalam perkara yang baik cuma dalam perkara ini diminta suami membantu isteri mentaati dirinya dengan si suami berlaku adil dengan ada waktunya pulang ke kampuang isteri dahulu. Berundinglah dengan baik dalam hal ini. Tidak perlu bergaduh atau bermasam muka.

Duit raya bukan wajib

SOALAN
Adakah duit raya itu kita wajib beri kepada tetamu sedangkan kita tidak mampu? Ini kerana trend sekarang kena beri duit raya pada budak-budak.
Aziz Arsad
Bentong

JAWAPAN
Duit raya tidak diwajibkan diberikan kepada tetamu apatah lagi bagi mereka yang tidak mampu. Bersedekahlah dengan hati ikhlas. Jangan memaksa diri untuk berbuat demikian. Lebih-lebih lagi sekiranya tidak berkemampuan.

Meninggal dunia pada malam raya, siapa bayar zakat fitrah?

SOALAN
Jika seseorang itu meninggal dunia pada malam hari raya, adakah waris perlu bayarkan zakat fitrah untuknya?
Hamid
Kluang

JAWAPAN
Sekiranya seseorang itu meninggal dunia pada malam raya maka pihak keluarga wajib mengeluarkan zakat fitrah daripada harta si mati. Sekiranya dia mati sebelum Maghrib, maka tidak wajib dikeluarkan zakat untuk si mati.

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN