KUALA LUMPUR: Selepas hampir tiga tahun, perbicaraan membabitkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas tujuh pertuduhan membabitkan salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram berjumlah RM232.5 juta akan bermula hari ini. Muhyiddin atau nama sebenarnya Mahiaddin Md. Yasin merupakan Perdana Menteri kedua yang didakwa di mahkamah. Perbicaraan kes akan didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Nur Ruwena Md. Nurdin. Sebelum ini, hakim itu menetapkan 29 hari untuk perbicaraan kes…










